Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
Undang-Undang Malaysia
(2)
Jika keseluruhan atau apa-apa bahagian daripada cukai pelancongan tidak diterima oleh pengendali daripada pelancong dalam tempoh dua belas bulan kalendar dari tarikh invois bagi penginapan yang disediakan, pengendali hendaklah mengakaunkan cukai pelancongan itu dalam penyata dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dalam tempoh bercukai yang berikutnya selepas berakhirnya tempoh dua belas bulan kalendar itu.
(3)
Mana-mana pengendali yang terhenti daripada berdaftar di bawah seksyen 12 hendaklah, tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas terhenti daripada berdaftar atau apa-apa tarikh yang kemudian dari itu sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, mengemukakan suatu penyata yang mengandungi butir-butir sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah berkenaan dengan bahagian tempoh bercukai yang terakhir yang pengendali itu berdaftar.
(4)
Mana-mana pengendali yang dikehendaki untuk mengemukakan suatu penyata di bawah seksyen ini hendaklah membayar kepada Ketua Pengarah amaun cukai pelancongan yang genap masa dan kena dibayar oleh pengendali itu berkenaan dengan tempoh bercukai yang berkaitan dengan penyata itu tidak lewat daripada hari terakhir yang pengendali itu dikehendaki untuk mengemukakan penyata itu.
(5)
Penyata yang disebut dalam subseksyen (1), (2) dan (3)
hendaklah dikemukakan sama ada atau tidak terdapat cukai pelancongan yang kena dibayar.
(6)
Mana-mana pengendali yang gagal mengemukakan penyata yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(7)
Mana-mana pengendali yang gagal membayar kepada Ketua
Pengarah amaun cukai pelancongan yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu
22
Undang-Undang Malaysia ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(8)
Jika apa-apa cukai pelancongan yang genap masa dan kena dibayar tidak dibayar sepenuhnya atau sebahagiannya oleh mana-mana pengendali selepas hari terakhir yang ia genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (4) dan tiada pendakwaan dimulakan, pengendali itu hendaklah membayar—
(a)
bagi tempoh tiga puluh hari yang pertama yang cukai pelancongan itu tidak dibayar sepenuhnya atau sebahagiannya selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (4), penalti sebanyak sepuluh peratus daripada amaun cukai pelancongan itu yang masih belum dibayar;
(b)
bagi tempoh tiga puluh hari yang kedua yang cukai pelancongan itu tidak dibayar sepenuhnya atau sebahagiannya selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (4), penalti tambahan sebanyak sepuluh peratus daripada amaun cukai pelancongan itu yang masih belum dibayar; dan
(c)
bagi tempoh tiga puluh hari yang ketiga yang cukai pelancongan itu tidak dibayar sepenuhnya atau sebahagiannya selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (4), penalti tambahan sebanyak sepuluh peratus daripada amaun cukai pelancongan itu yang masih belum dibayar.
(9)
Tertakluk pada subseksyen (11), pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen (7) boleh dimulakan selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (8)(c).
(10)
Mahkamah boleh memerintahkan seorang pengendali yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (7) untuk membayar penalti yang dinyatakan dalam subseksyen (8).
(11)
Tiada pendakwaan bagi kesalahan di bawah subseksyen (7)
boleh dimulakan terhadap pengendali yang telah membayar amaun
Cukai Pelancongan 23
cukai pelancongan yang genap masa dan kena dibayar dan penalti yang dinyatakan dalam subseksyen (8) dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (8).
Kuasa untuk menaksir