Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
Cukai Pelancongan 21
(a)
gagal untuk memohon pendaftaran di bawah seksyen 10,
11 atau 20C;
(b)
gagal untuk mengemukakan suatu penyata di bawah seksyen 19 atau 20I; atau
(c)
mengemukakan suatu penyata yang ternyata kepada Ketua
Pengarah tidak lengkap atau tidak betul,
Ketua Pengarah boleh menaksir mengikut pertimbangan terbaik
Ketua Pengarah amaun cukai pelancongan yang genap masa dan kena dibayar oleh, dan penalti yang kena dibayar di bawah subseksyen 19(8) atau 20I(6), jika ada, oleh, pengendali atau pemberi perkhidmatan platform digital dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu pengendali atau pemberi perkhidmatan platform digital itu tentang taksiran itu secara bertulis.
(2)
Taksiran di bawah subseksyen (1) tidak boleh dibuat lebih daripada enam tahun dari tarikh cukai pelancongan itu genap masa dan kena dibayar.
(3)
Walau apa pun subseksyen (2), jika pada pendapat Ketua
Pengarah apa-apa bentuk fraud atau keingkaran sengaja telah dilakukan oleh atau bagi pihak mana-mana orang berkaitan dengan atau berhubung dengan cukai pelancongan, Ketua Pengarah boleh, bagi maksud menampung apa-apa kehilangan cukai pelancongan yang boleh dikaitkan dengan fraud atau keingkaran sengaja itu, membuat taksiran pada bila-bila masa.
(4)
Jika—
24
Undang-Undang Malaysia
(a)
Ketua Pengarah membuat taksiran di bawah subseksyen (1);
(b)
cukai pelancongan yang ditaksir itu telah dibayar tetapi tiada penyata telah dikemukakan bagi tempoh yang berkaitan dengan taksiran itu; dan
(c)
pengendali atau pemberi perkhidmatan platform digital gagal untuk mengemukakan suatu penyata bagi apa-apa tempoh bercukai yang berikutnya,
Ketua Pengarah boleh menaksir cukai pelancongan itu pada suatu amaun yang lebih tinggi yang difikirkannya patut.
(5)
Jika Ketua Pengarah menaksir cukai pelancongan pada suatu amaun yang lebih tinggi di bawah subseksyen (4), Ketua Pengarah boleh membuat taksiran tambahan dan hendaklah memberitahu pengendali atau pemberi perkhidmatan platform digital sewajarnya secara bertulis.
(6)
Jika amaun cukai pelancongan dan penalti, jika ada, telah ditaksirkan dan diberitahu kepada mana-mana pengendali atau pemberi perkhidmatan platform digital di bawah subseksyen (1) atau
(5)
, amaun yang ditaksirkan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu amaun cukai pelancongan yang genap masa dan kena dibayar dan penalti, jika ada, yang kena dibayar dan amaun itu hendaklah dibayar oleh pengendali atau pemberi perkhidmatan platform digital, kecuali setakat yang taksiran itu ditarik balik atau dikurangkan.
(7)
Amaun cukai pelancongan yang genap masa dan kena dibayar dan penalti yang kena dibayar di bawah subseksyen (6) hendaklah dibayar oleh pengendali atau pemberi perkhidmatan platform digital sama ada atau tidak pengendali atau pemberi perkhidmatan platform digital itu merayu terhadap taksiran itu.
(8)
Ketua Pengarah boleh membuat apa-apa pengubahan atau apa-apa tambahan kepada taksiran yang dibuat di bawah seksyen ini sebagaimana yang difikirkannya patut untuk memastikan ketepatan taksiran itu dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu pengendali atau pemberi perkhidmatan platform digital itu secara bertulis.
Cukai Pelancongan 25
BAHAGIAN VA
PEMBERI PERKHIDMATAN PLATFORM DIGITAL
Pengenaan cukai pelancongan