Malaysia legislation

Section 20C

of *AKTA CUKAI PELANCONGAN 2017

Seksyen 20C

(2)

Permohonan untuk pendaftaran yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh pemberi perkhidmatan platform digital itu memberikan perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian yang premis penginapan itu di dalam Malaysia.

(3)

Tiap-tiap pemberi perkhidmatan platform digital yang memberikan perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian yang premis penginapan itu di dalam

Malaysia sebelum Bahagian ini mula berkuat kuasa, hendaklah tidak lewat daripada tiga bulan sebelum tarikh Bahagian ini mula berkuat kuasa, memohon kepada Ketua Pengarah untuk didaftarkan dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua

Pengarah.

(4)

Mana-mana pemberi perkhidmatan platform digital yang melanggar subseksyen (1) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Pendaftaran pemberi perkhidmatan platform digital

Section 20C — AKTA CUKAI PELANCONGAN 2017 | mylaw.my