Malaysia legislation
Section 20E
Seksyen 20E
(2)
Apabila pemberitahuan di bawah subseksyen (1) diterima,
Ketua
Pengarah boleh membatalkan pendaftaran pemberi perkhidmatan platform digital itu dari tarikh yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah.
(3)
Jika tiada pemberitahuan dibuat di bawah subseksyen (1) dan
Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pemberi perkhidmatan platform digital telah berhenti memberikan perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian di dalam Malaysia atau dikecualikan di bawah seksyen 9 daripada kehendak untuk mendaftar di bawah Bahagian VA, Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftarannya dari tarikh pemberi perkhidmatan platform digital berhenti memberikan perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian di dalam Malaysia atau dari tarikh pemberi perkhidmatan platform digital dikecualikan daripada kehendak untuk mendaftar atau dari tarikh yang terkemudian sedemikian sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, mengikut mana-mana yang berkenaan.
28
Undang-Undang Malaysia
Invois, resit atau dokumen lain