Malaysia legislation
Section 20H
Seksyen 20H
Tempoh bercukai
(2)
Pemberi perkhidmatan platform digital itu boleh memohon
Cukai Pelancongan 29
secara bertulis kepada Ketua Pengarah untuk suatu tempoh bercukai selain tempoh yang sebagaimana ditentukan di bawah subseksyen (1).
(3)
Ketua Pengarah boleh, apabila apa-apa permohonan di bawah subseksyen (2) diterima⎯
(a)
membenarkan permohonan itu dan tempoh bercukai hendaklah tempoh sebagaimana yang dipohon;
(b)
menolak permohonan itu dan tempoh bercukai hendaklah kekal sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (1); atau
(c)
mengubah tempoh bagi tempoh bercukai atau tarikh tempoh bercukai bermula atau berakhir.
(4)
Ketua Pengarah boleh, jika difikirkan patut, menetapkan semula pemberi perkhidmatan platform digital itu kepada apa-apa tempoh bercukai selain tempoh yang telah ditentukan sebelum itu di bawah subseksyen (1) atau (3).
Pengemukaan penyata dan pembayaran cukai pelancongan