Malaysia legislation
Section 20I
Seksyen 20I
(2)
Mana-mana pemberi perkhidmatan platform digital yang dikehendaki untuk mengemukakan suatu penyata di bawah seksyen ini hendaklah membayar kepada Ketua Pengarah amaun cukai pelancongan yang genap masa dan kena dibayar oleh pemberi perkhidmatan platform digital bekenaan dengan tempoh bercukai yang berkaitan dengan penyata itu tidak lewat daripada hari terakhir yang pemberi perkhidmatan platform digital itu dikehendaki untuk mengemukakan penyata itu.
30
Undang-Undang Malaysia
(3)
Mana-mana pemberi perkhidmatan platform digital yang terhenti daripada berdaftar di bawah seksyen 20D hendaklah, tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas terhenti daripada berdaftar atau apa-apa tarikh yang kemudian dari itu sebagaimana yang dibenarkan oleh
Ketua
Pengarah, mengemukakan suatu penyata yang mengandungi butir-butir sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah berkenaan dengan bahagian tempoh bercukai yang terakhir yang pemberi perkhidmatan platform digital itu berdaftar.
(4)
Penyata yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dikemukakan sama ada atau tidak terdapat cukai pelancongan yang kena dibayar.
(5)
Mana-mana pemberi perkhidmatan platform digital yang gagal mengemukakan penyata yang dikehendaki di bawah subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(6)
Mana-mana pemberi perkhidmatan platform digital yang gagal membayar kepada Ketua Pengarah amaun cukai pelancongan yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(7)
Jika apa-apa cukai pelancongan yang genap masa dan kena dibayar tidak dibayar sepenuhnya atau sebahagiannya oleh mana-mana pemberi perkhidmatan platform digital selepas hari terakhir yang ia genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (2) dan tiada pendakwaan dimulakan, pemberi perkhidmatan plaform digital itu hendaklah membayar⎯
(a)
bagi tempoh tiga puluh hari yang pertama yang cukai pelancongan itu tidak dibayar sepenuhnya atau sebahagiannya selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2), penalti sebanyak sepuluh peratus daripada amaun cukai pelancongan itu yang masih belum dibayar;
Cukai Pelancongan 31
(b)
bagi tempoh tiga puluh hari yang kedua yang cukai pelancongan itu tidak dibayar sepenuhnya atau sebahagiannya selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2), penalti tambahan sebanyak sepuluh peratus daripada amaun cukai pelancongan itu yang masih belum dibayar; dan
(c)
bagi tempoh tiga puluh hari yang ketiga yang cukai pelancongan itu tidak dibayar sepenuhnya atau sebahagiannya selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2), penalti tambahan sebanyak sepuluh peratus daripada amaun cukai pelancongan itu yang masih belum dibayar.
(8)
Tertakluk pada subseksyen (10), pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen (6) boleh dimulakan selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (7)(c).
(9)
Mahkamah boleh memerintahkan seorang pemberi perkhidmatan platform digital yang disabitkan bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen (6) membayar penalti yang dinyatakan dalam subseksyen (7).
(10)
Tiada pendakwaan bagi kesalahan di bawah subseksyen (6)
boleh dimulakan terhadap pemberi perkhidmatan platform digital yang telah membayar amaun cukai pelancongan yang genap masa dan kena dibayar dan penalti yang dinyatakan dalam subseksyen (7) dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (7).
Kewajipan menyimpan rekod