Malaysia legislation

Section 23

of *AKTA CUKAI PELANCONGAN 2017

Seksyen 23

(a)

keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada bayaran penginapan yang kena dibayar kepada pengendali itu telah dihapus kira dalam akaun pengendali sebagai hutang lapuk; dan

(b)

Ketua Pengarah berpuas hati bahawa segala usaha yang munasabah telah dibuat oleh pengendali itu untuk mendapatkan balik bayaran penginapan itu.

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai jika sebahagian daripada bayaran penginapan yang kena dibayar yang diterima oleh pengendali adalah bersamaan dengan atau lebih daripada cukai pelancongan yang dibayar.

(3)

Jika pengendali yang disebut dalam subseksyen (1) tidak menerima apa-apa bayaran penginapan yang kena dibayar kepada pengendali itu, Ketua Pengarah boleh membenarkan pembayaran balik itu dibuat kepada pengendali.

(4)

Jika suatu tuntutan bagi pembayaran balik dibuat berhubung dengan sebahagian daripada bayaran penginapan yang dihapus kira, amaun cukai pelancongan yang boleh dibayar balik ialah perbezaan antara cukai pelancongan yang dibayar dengan bayaran penginapan yang diterima.

(5)

Jika pembayaran balik cukai pelancongan telah dibuat di bawah seksyen ini oleh Ketua Pengarah kepada seorang pengendali dan apa-apa bayaran penginapan yang baginya cukai pelancongan itu kena dibayar kemudiannya diterima oleh pengendali itu, pengendali itu hendaklah membayar balik kepada Ketua Pengarah—

(a)

keseluruhan cukai pelancongan yang dibayar balik sekiranya amaun yang kemudiannya diterima berkenaan dengan penginapan yang disediakan itu adalah bersamaan dengan atau lebih daripada amaun cukai pelancongan yang dibayar balik; atau

(b)

suatu amaun yang bersamaan dengan amaun yang kemudiannya diterima berkenaan dengan penginapan yang disediakan itu sekiranya amaun yang diterima itu adalah

Cukai Pelancongan 35

kurang daripada amaun cukai pelancongan yang dibayar balik.

(6)

Subseksyen (5) hendaklah terpakai bagi mana-mana bahagian bayaran yang diterima selepas pembayaran balik dibuat menurut perenggan (5)(b) selagi jumlah bayaran yang kemudiannya diterima itu tidak melebihi amaun cukai pelancongan yang dibayar balik dan sebutan tentang amaun cukai pelancongan yang dibayar balik dalam perenggan 5(a) dan (b) hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang baki amaun cukai pelancongan yang dibayar balik.

(7)

Bagi maksud seksyen ini, “hutang lapuk” ertinya amaun tertunggak bagi bayaran penginapan termasuk cukai pelancongan yang kena dibayar kepada pengendali tetapi belum dibayar kepada, dan tidak boleh didapatkan balik oleh, pengendali itu.

Pemotongan daripada penyata bagi cukai pelancongan yang dibayar balik