Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
(a)
mana-mana orang yang olehnya apa-apa wang kena dibayar atau terakru atau boleh menjadi kena dibayar kepada pengendali atau pemberi perkhidmatan platform digital;
(b)
mana-mana orang yang memegang atau boleh kemudiannya memegang wang bagi atau bagi pihak pengendali atau pemberi perkhidmatan platform digital;
atau
(c)
mana-mana orang yang mempunyai kuasa daripada seseorang lain untuk membayar wang kepada pengendali atau pemberi perkhidmatan platform digital, untuk membayar kepada Ketua Pengarah dengan serta-merta atau dalam tempoh sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, wang itu yang bukan merupakan gaji atau upah yang kena dibayar kepada pengendali atau pemberi perkhidmatan platform digital atau sebanyak wang itu yang cukup untuk membayar cukai pelancongan yang genap masa dan kena dibayar, dan penalti, surcaj atau wang lain yang kena dibayar, jika ada, oleh pengendali atau pemberi perkhidmatan platform digital.
(2)
Sesalinan notis yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dikemukakan kepada pengendali atau pemberi perkhidmatan platform digital di alamat terakhirnya yang diketahui.
(3)
Semua pembayaran yang dibuat menurut suatu notis di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan telah dibuat bagi pihak pengendali atau pemberi perkhidmatan platform digital itu dan dengan kebenaran
Cukai Pelancongan 37
pengendali atau pemberi perkhidmatan platform digital itu dan dengan kebenaran semua orang lain yang berkenaan.
Pembayaran secara ansuran