Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
(2)
Jika cukai pelancongan dibenarkan untuk dibayar secara ansuran, penalti di bawah subseksyen 19(8) hendaklah terhenti dikira dari tarikh Ketua Pengarah membenarkan pembayaran secara ansuran itu.
(3)
Jika berlaku kemungkiran dalam pembayaran mana-mana satu ansuran pada tarikh genap masanya bagi pembayaran baki amaun yang genap masa dan kena dibayar, keseluruhan amaun yang tertunggak itu hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar pada tarikh itu dan hendaklah, tanpa apa-apa notis selanjutnya disampaikan kepada orang yang bertanggungan untuk membayar amaun yang genap masa dan kena dibayar itu, menjadi tertakluk pada suatu surcaj yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada baki itu dan surcaj itu hendaklah boleh didapatkan seolah-olah surcaj itu kena dibayar di bawah Akta ini.
Mendapatkan balik cukai pelancongan, dsb., daripada orang yang meninggalkan Malaysia