Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
(a)
apa-apa cukai pelancongan yang kena dibayar olehnya;
(b)
apa-apa penalti yang kena dibayar olehnya di bawah seksyen 19;
38
Undang-Undang Malaysia
(c)
apa-apa surcaj yang kena dibayar olehnya di bawah seksyen 26; atau
(d)
apa-apa wang lain yang boleh didapatkan daripadanya di bawah Akta ini,
Ketua Pengarah boleh mengeluarkan kepada mana-mana Pengarah
Imigresen suatu perakuan yang mengandungi butir-butir tentang cukai pelancongan, penalti, surcaj atau wang lain yang kena dibayar sedemikian dengan suatu permintaan supaya orang itu dihalang daripada meninggalkan Malaysia melainkan jika dan sehingga orang itu membayar cukai pelancongan, penalti, surcaj atau wang lain yang kena dibayar sedemikian, atau memberikan cagaran yang memuaskan hati Ketua Pengarah bagi pembayarannya.
(2)
Tertakluk pada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan buang negeri atau imigresen, mana-mana Pengarah Imigresen yang menerima suatu permintaan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan seseorang hendaklah menjalankan segala langkah yang boleh termasuk pengambilan dan penyimpanan apa-apa perakuan pengenalan, pasport, permit keluar atau dokumen perjalanan lain berhubung dengan orang itu sebagaimana yang perlu untuk melaksanakan permintaan itu.
(3)
Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan suatu notis tentang pengeluaran suatu perakuan di bawah subseksyen (1) disampaikan secara ke diri atau melalui pos berdaftar kepada orang yang baginya perakuan itu berkaitan.
(4)
Ketidakterimaan notis yang disebut dalam subseksyen (3) tidak boleh menidaksahkan apa-apa yang dibuat di bawah seksyen ini.
(5)
Jika orang yang berkenaan dengannya suatu perakuan telah dikeluarkan di bawah subseksyen (1) mengemukakan pada atau selepas tarikh perakuan itu suatu pernyataan bertulis yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah yang menyatakan bahawa semua cukai pelancongan, penalti, surcaj atau wang lain yang dinyatakan dalam perakuan itu telah dibayar, atau bahawa cagaran telah diberikan bagi pembayarannya, pernyataan itu hendaklah menjadi
Cukai Pelancongan 39
kuasa yang cukup bagi membenarkan orang itu meninggalkan
Malaysia.
(6)
Tiada apa-apa prosiding undang-undang boleh dimulakan atau dikekalkan terhadap Kerajaan Persekutuan, suatu Kerajaan Negeri atau mana-mana pegawai awam lain berkenaan dengan apa-apa yang dibuat dengan sah di bawah seksyen ini.
(7)
Dalam seksyen ini, “Pengarah Imigresen” ertinya Pengarah
Imigresen yang dilantik di bawah subseksyen 3(1A)
Akta Imigresen 1959/1963 [Akta 155].
Mendapatkan balik cukai pelancongan, dsb., yang tersilap dibayar balik