Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA CUKAI PELANCONGAN 2017

Seksyen 2

Undang-Undang Malaysia

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“dokumen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56];

“elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 5 Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 [Akta 680];

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta Kastam 1967 [Akta 235];

“komputer” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Keterangan 1950;

“Menteri”

ertinya menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

“orang” termasuklah orang perseorangan, suatu firma, suatu pertubuhan, suatu persatuan, suatu syarikat dan kumpulan orang yang lain;

“pegawai kanan kastam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;

“pegawai kastam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;

Cukai Pelancongan 11

“pelancong” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482];

“pengendali” ertinya mana-mana orang yang mengendalikan premis penginapan;

“pemberi perkhidmatan platform digital” ertinya mana-mana orang yang memberikan perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian kepada seseorang pelancong sama ada orang itu di dalam atau di luar Malaysia;

“premis penginapan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Industri Pelancongan 1992;

“perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian” ertinya apa-apa perkhidmatan dalam talian yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan yang dihantar secara automatik melalui internet atau apa-apa rangkaian elektronik yang lain;

“surcaj” ertinya surcaj yang dikenakan di bawah seksyen 26;

“tempoh bercukai” ertinya tempoh yang dinyatakan dalam seksyen 18.