Malaysia legislation

Section 31A

of *AKTA CUKAI PELANCONGAN 2017

Seksyen 31A

(2)

Ketua Pengarah boleh meminda atau menarik balik, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, apa-apa ketetapan umum yang dibuat di bawah seksyen ini.

(3)

Walau apa pun apa-apa peruntukan Akta ini, jika suatu ketetapan umum di bawah subseksyen (1) terpakai bagi mana-mana orang berhubung dengan suatu aktiviti perniagaan dan orang itu mengguna pakai peruntukan itu mengikut cara yang dinyatakan dalam ketetapan itu, Ketua Pengarah hendaklah mengguna pakai peruntukan itu berhubung dengan orang dan aktiviti perniagaan itu mengikut ketetapan itu.