Malaysia legislation

Section 33

of *AKTA CUKAI PELANCONGAN 2017

Seksyen 33

(2)

Jika mana-mana pegawai kanan kastam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1), orang yang mengendalikan premis penginapan, memberikan perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian atau mana-mana orang lain yang berada di tempat atau premis itu pada masa kemasukan itu hendaklah memberikan segala kemudahan dan bantuan yang munasabah kepada pegawai kanan kastam itu bagi penjalanan kewajipannya di bawah seksyen ini.

(3)

Jika mana-mana pegawai kanan kastam memasuki mana-mana tempat atau premis mengikut seksyen ini, dia boleh—

(a)

menghendaki pengendali, pemberi perkhidmatan platform digital atau mana-mana orang lain untuk mengemukakan apa-apa buku, data, dokumen atau rekod atau benda lain yang berhubungan dengan perniagaan pengendali atau pemberi perkhidmatan platform digital itu dan apa-apa rekod yang dikehendaki untuk disimpan di bawah seksyen 17 atau 20J;

(b)

memeriksa apa-apa buku, data, dokumen atau rekod atau benda lain;

(c)

menyita dan menahan apa-apa buku, data, dokumen atau rekod atau benda lain jika pada pendapatnya ia boleh

44

Undang-Undang Malaysia menjadi keterangan bagi pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini;

(d)

menghendaki orang itu untuk menjawab apa-apa soalan yang berhubungan dengan apa-apa buku, data, dokumen atau rekod atau benda lain; atau

(e)

membuat salinan atau cabutan apa-apa dokumen, jika difikirkannya perlu.

(4)

Mana-mana orang yang enggan untuk membenarkan mana-mana pegawai kanan kastam untuk memasuki mana-mana tempat atau premis mengikut seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Akses kepada maklumat berekod atau data berkomputer

Section 33 — AKTA CUKAI PELANCONGAN 2017 | mylaw.my