Malaysia legislation

Section 34

of *AKTA CUKAI PELANCONGAN 2017

Seksyen 34

(2)

Sebagai tambahan, seseorang pegawai kastam yang menjalankan kuasanya di bawah Bahagian ini—

(a)

boleh memeriksa dan meneliti pengendalian apa-apa komputer dan apa-apa perkakas atau bahan yang berkaitan yang pegawai kastam itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki digunakan atau telah digunakan berkaitan dengan maklumat atau data itu; dan

(b)

boleh menghendaki—

(i)

orang yang pegawai kastam itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki menggunakan atau telah menggunakan komputer itu sedemikian

Cukai Pelancongan 45

atau bagi pihaknya komputer itu digunakan atau telah digunakan sedemikian; atau

(ii)

orang yang bertanggungjawab bagi, atau selainnya terlibat dalam, pengendalian komputer, perkakas atau bahan itu, untuk memberi pegawai kastam itu bantuan yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki olehnya bagi maksud seksyen ini.

(3)

Bagi maksud subseksyen (1), “akses” termasuklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang diperlukan untuk membolehkan maklumat berekod atau data berkomputer itu difahami.

Majistret boleh mengeluarkan waran geledah