Malaysia legislation

Section 36

of *AKTA CUKAI PELANCONGAN 2017

Seksyen 36

Apabila ternyata pada pegawai kanan kastam bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di dalam mana-mana tempat atau premis, ada disembunyikan atau disimpan apa-apa buku, data, dokumen atau rekod atau benda lain yang boleh menjadi keterangan bagi pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan jika dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh kerana kelewatan dalam memperoleh sesuatu waran geledah buku, data, dokumen atau rekod atau benda lain itu mungkin dialihkan, dia boleh menjalankan dalam, ke atas dan berkenaan dengan, tempat atau premis itu segala kuasa di bawah seksyen 35