Malaysia legislation
Section 38
Seksyen 38
(a)
mana-mana orang yang didapati melakukan atau cuba melakukan atau mengambil khidmat atau membantu mana-mana orang untuk melakukan atau bersubahat melakukan, sesuatu kesalahan di bawah Akta ini;
(b)
mana-mana orang yang disyakinya dengan munasabah mempunyai dalam miliknya apa-apa buku, data, dokumen atau rekod atau benda lain yang boleh disita di bawah
Akta ini; atau 48
Undang-Undang Malaysia
(c)
mana-mana orang yang disyakinya dengan munasabah telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, dan pegawai kastam itu boleh memeriksa atau menyebabkan untuk diperiksa mana-mana orang yang ditangkap sedemikian.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1)—
(a)
mana-mana orang yang ditangkap oleh seorang pegawai kastam yang meminta supaya dirinya diperiksa dengan kehadiran seorang pegawai kanan kastam tidak boleh diperiksa kecuali dengan kehadiran dan di bawah penyeliaan seorang pegawai kanan kastam, tetapi orang itu boleh ditahan sehingga ketibaan pegawai kanan kastam itu, atau dibawa ke mana-mana pejabat atau balai polis yang pegawai kanan kastam itu boleh ditemui;
(b)
apa-apa barang kepunyaan mana-mana orang yang meminta dirinya hadir semasa barang itu diperiksa dan dia menghadirkan dirinya dalam masa yang munasabah tidak boleh diperiksa kecuali dengan kehadirannya; dan
(c)
tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh seorang lain yang sama jantina, dan pemeriksaan itu hendaklah dijalankan dengan mengambil kira dengan tegas tentang kesopanan.
(3)
Mana-mana pegawai kastam yang membuat penangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu, membawa orang yang ditangkap itu ke balai polis yang paling hampir, dan sesudah itu orang itu hendaklah diperlakukan mengikut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa.
(4)
Jika mana-mana orang yang boleh ditangkap di bawah Akta ini tidak ditangkap pada masa dia melakukan kesalahan yang dia bertanggungan baginya, atau selepas ditangkap dia melepaskan dirinya, dia boleh ditangkap pada bila-bila masa selepas itu dan diperlakukan seolah-olah dia telah ditangkap pada masa melakukan kesalahan itu.
Cukai Pelancongan 49
(5)
Tiap-tiap orang yang ditangkap boleh dilepaskan daripada jagaan—
(a)
apabila dia mendepositkan sejumlah wang yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai kanan kastam;
(b)
apabila dia menyempurnakan suatu bon dengan penjamin sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai kanan kastam; atau
(c)
apabila dia mendepositkan sejumlah wang yang munasabah yang dikehendaki oleh pegawai kanan kastam dan dia menyempurnakan suatu bon dengan penjamin sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai kanan kastam.
(6)
Mana-mana orang yang telah dilepaskan daripada jagaan di bawah subseksyen (5) boleh ditangkap tanpa waran oleh mana-mana pegawai kastam—
(a)
jika pegawai kastam itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana syarat yang berdasarkannya atau yang tertakluk padanya orang itu dilepaskan atau selainnya dibenarkan untuk dijamin telah atau berkemungkinan akan dimungkiri; atau
(b)
apabila diberitahu secara bertulis oleh penjamin orang itu bahawa orang itu berkemungkinan akan memungkiri mana-mana syarat yang berdasarkannya atau yang tertakluk padanya orang itu telah dilepaskan dan bahawa penjamin itu berhasrat untuk dilepaskan daripada tanggungjawabnya sebagai penjamin.
50
Undang-Undang Malaysia