Malaysia legislation
Section 39
Seksyen 39
Mana-mana orang yang—
(a)
dengan apa-apa cara mengamang, menggalang atau menghalang pegawai kastam dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini; atau
(b)
gagal memberikan kemudahan atau bantuan yang munasabah kepada mana-mana pegawai kastam dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Penalti bagi penyata yang tidak betul