Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(2)
Tertakluk pada arahan dan pengawasan am Ketua Pengarah, semua pegawai kastam yang dilantik di bawah seksyen 3
Akta Kastam 1967 dan yang memegang pangkat Penguasa atau apa-apa pangkat yang lebih tinggi daripada pangkat Penguasa,
12
Undang-Undang Malaysia hendaklah mempunyai dan menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah di bawah Akta ini selain kuasa yang diberikan oleh seksyen 21 dan 66.
(3)
Menjadi kewajipan mana-mana pegawai kastam untuk menguatkuasakan dan memastikan pematuhan yang sewajarnya peruntukan Akta ini dan untuk membuat segala penyiasatan yang sewajarnya berhubung dengannya.
(4)
Tiap-tiap orang yang diguna khidmat bagi apa-apa kewajipan atau perkhidmatan yang berhubungan dengan cukai pelancongan dengan perintah atau persetujuan Ketua Pengarah, sama ada dinyatakan sebelumnya atau kemudiannya, hendaklah disifatkan sebagai pegawai yang hak bagi kewajipan atau perkhidmatan itu.
Pekhidmat awam