Malaysia legislation

Section 40

of *AKTA CUKAI PELANCONGAN 2017

Seksyen 40

Mana-mana orang yang membuat suatu penyata yang tidak betul atau memberikan apa-apa maklumat yang tidak betul berhubung dengan apa-apa perkara yang menyentuh tanggungannya untuk memungut cukai pelancongan atau cukai pelancongan yang dipungut melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan

(b)

jika kesalahan itu berhubung dengan cukai pelancongan yang terkurang dikenakan, dikenakan suatu penalti yang bersamaan dengan amaun cukai pelancongan yang telah terkurang dikenakan atau berkemungkinan akan terkurang dikenakan sekiranya penyata atau maklumat itu telah diterima sebagai betul.

Cukai Pelancongan 51

Penalti bagi pemungutan cukai pelancongan oleh orang yang tidak bertanggungan untuk memungut cukai pelancongan

Section 40 — AKTA CUKAI PELANCONGAN 2017 | mylaw.my