Malaysia legislation

Section 42

of *AKTA CUKAI PELANCONGAN 2017

Seksyen 42

(a)

meninggalkan daripada suatu penyata apa-apa maklumat berhubung dengan apa-apa perkara yang menyentuh tanggungannya untuk memungut cukai pelancongan atau amaun cukai pelancongan yang dipungut;

(b)

membuat apa-apa pernyataan palsu atau catatan palsu dalam mana-mana penyata yang dikemukakan, atau tuntutan atau permohonan yang dibuat, di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(c)

memberikan apa-apa jawapan palsu sama ada secara bertulis atau selainnya kepada apa-apa soalan yang ditanya atau permintaan bagi maklumat yang dibuat mengikut peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

52

Undang-Undang Malaysia

(d)

menyediakan atau menyenggarakan, atau membenarkan penyediaan atau penyenggaraan, apa-apa buku akaun palsu, invois palsu atau rekod palsu lain, atau memalsukan atau membenarkan pemalsuan apa-apa buku akaun, invois atau rekod; atau

(e)

membuat, menggunakan atau membenarkan penggunaan apa-apa fraud, tipu daya atau helah, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(2)

Jika dalam mana-mana prosiding di bawah seksyen ini dibuktikan bahawa suatu pernyataan palsu atau catatan palsu, sama ada secara peninggalan atau selainnya, telah dibuat dalam apa-apa penyata yang dikemukakan, atau tuntutan atau permohonan yang dibuat, di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, oleh atau bagi pihak mana-mana orang atau dalam apa-apa buku akaun, invois atau rekod lain yang disenggara oleh atau bagi pihak mana-mana orang, orang itu hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya telah membuat pernyataan palsu atau catatan palsu itu dengan niat untuk mengelak cukai pelancongan.

(3)

Apa-apa sebutan dalam seksyen ini tentang seseorang yang membuat, menggunakan atau membenarkan penggunaan apa-apa fraud, tipu daya atau helah untuk mengelak cukai pelancongan termasuklah sebutan tentang seseorang yang, tanpa kebenaran Ketua

Pengarah atau seorang pegawai kanan kastam—

(a)

memusnahkan, merosakkan, memadamkan, mengubah atau memanipulasikan data yang disimpan dalam, atau yang digunakan berkaitan dengan, suatu komputer;

(b)

memasukkan ke dalam, atau merakamkan atau menyimpan dalam, suatu komputer dengan apa-apa cara data bagi maksud—

(i)

memusnahkan, merosakkan, memadamkan, mengubah atau memanipulasikan data yang

Cukai Pelancongan 53

disimpan dalam, atau yang digunakan berkaitan dengan, suatu komputer; atau

(ii)

mengusik, mengganggu atau menghalang penggunaan sah suatu komputer, atau data yang disimpan dalam, atau yang digunakan berkaitan dengan, suatu komputer; atau

(c)

selainnya menggunakan suatu komputer, yang maksud atau kesannya adalah untuk mengelak cukai pelancongan.

(4)

Bagi maksud subseksyen (3), “data” termasuklah apa-apa program komputer atau sebahagian daripada suatu program komputer.

Penalti bagi keengganan untuk menjawab soalan atau memberikan maklumat palsu