Malaysia legislation

Section 46

of *AKTA CUKAI PELANCONGAN 2017

Seksyen 46

Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan oleh suatu syarikat, suatu firma, suatu pertubuhan, suatu persatuan atau kumpulan orang yang lain, mana-mana orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah seorang pengarah, pekongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi syarikat, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang yang lain itu atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat sedemikian atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal syarikat, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang yang lain itu atau membantu dalam pengurusan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, persetujuannya atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan usaha yang sewajarnya untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dijalankan olehnya, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan.

Cukai Pelancongan 55