Malaysia legislation

Section 52

of *AKTA CUKAI PELANCONGAN 2017

Seksyen 52

Peruntukan keterangan

(2)

Suatu transkrip tentang apa-apa butir yang terkandung dalam suatu penyata atau dokumen lain yang berhubungan dengan cukai pelancongan, jika ia diperaku dengan ditandatangani sendiri oleh

Ketua Pengarah atau seorang pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua

Pengarah sebagai suatu salinan benar butir-butir itu, hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang fakta yang dinyatakan dalamnya.

(3)

Tiada pernyataan yang dibuat atau dokumen yang dikemukakan oleh atau bagi pihak mana-mana orang boleh tidak diterima dalam keterangan terhadap orang itu dalam apa-apa prosiding terhadapnya yang seksyen ini terpakai baginya, semata-mata oleh sebab fakta bahawa dia telah atau mungkin telah didorong untuk membuat pernyataan atau mengemukakan dokumen itu

Cukai Pelancongan 57

disebabkan oleh apa-apa dorongan, janji atau ugutan yang dibuat oleh mana-mana orang yang mempunyai apa-apa kewajipan rasmi di bawah, atau dilantik bagi pentadbiran wajar, Akta ini.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menjejaskan pelaksanaan Bab IX Bahagian III Akta Keterangan 1950.

(5)

Jika dalam apa-apa prosiding dibuktikan bahawa apa-apa pernyataan atau catatan palsu telah dibuat dalam apa-apa penyata yang dikemukakan di bawah Akta ini oleh atau bagi pihak mana-mana orang atau dalam apa-apa buku akaun atau rekod mana-mana orang—

(a)

orang itu hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, telah membuat pernyataan atau catatan palsu itu, atau telah menyebabkan pernyataan atau catatan palsu itu dibuat, atau telah membenarkan pernyataan atau catatan palsu itu dibuat, dengan niat untuk mengelak pembayaran cukai pelancongan atau untuk memperoleh pembayaran balik cukai pelancongan yang orang itu tidak berhak kepadanya, mengikut mana-mana yang berkenaan;

dan

(b)

mana-mana orang lain yang membuat apa-apa pernyataan atau catatan palsu hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, telah membuat pernyataan atau catatan palsu itu dengan niat untuk membantu orang yang mula-mula disebut untuk mengelak pembayaran cukai pelancongan atau untuk memperoleh pembayaran balik cukai pelancongan yang dia tidak berhak kepadanya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(6)

Jika mana-mana pegawai kastam telah memperoleh apa-apa dokumen atau keterangan lain dalam menjalankan kuasanya di bawah

Akta ini, dokumen atau salinan dokumen atau keterangan lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang fakta yang dinyatakan dalamnya, walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis.

58

Undang-Undang Malaysia

(7)

Jika apa-apa dokumen yang hendak digunakan dalam apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini adalah dalam suatu bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, terjemahan dokumen itu dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris hendaklah diterima sebagai keterangan jika terjemahan itu disertai dengan suatu perakuan orang yang menterjemahkan dokumen itu yang menyatakan bahawa terjemahan itu ialah terjemahan yang tepat, benar dan betul dan terjemahan itu telah dibuat oleh orang itu atas kehendak mana-mana pegawai kastam.

(8)

Subseksyen (7) hendaklah terpakai bagi sesuatu dokumen yang diterjemahkan, tidak kira sama ada dokumen itu telah dibuat di dalam atau di luar Malaysia, atau sama ada terjemahan itu telah dibuat di dalam atau di luar Malaysia, atau sama ada milikan dokumen itu telah diperoleh oleh mana-mana pegawai kastam di dalam atau di luar

Malaysia.

Nilai keterangan salinan notis elektronik