Malaysia legislation
Section 54
Seksyen 54
Walau apa pun peruntukan Kanun Tatacara Jenayah, tempoh pemenjaraan yang dikenakan oleh mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa denda yang tidak dibayar di bawah Akta ini, atau berkenaan dengan keingkaran suatu distres yang mencukupi untuk membayar apa-apa denda sedemikian, adalah apa-apa tempoh mengikut perihalan yang pada pendapat mahkamah akan memberi keadilan bagi kes itu, tetapi tidak boleh dalam mana-mana hal melebihi tempoh maksimum yang berikut:
(a)
jika denda itu tidak melebihi lima ribu ringgit, tempoh maksimum ialah dua bulan;
(b)
jika denda itu melebihi lima ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, tempoh maksimum ialah empat bulan; atau
(c)
jika denda itu melebihi sepuluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi dua puluh ribu ringgit, tempoh maksimum ialah enam bulan, dengan dua bulan tambahan bagi tiap-tiap sepuluh ribu ringgit selepas dua puluh ribu ringgit yang pertama denda itu.
Tiada kos atau ganti rugi yang timbul daripada penyitaan boleh didapatkan balik melainkan jika penyitaan tanpa sebab yang munasabah atau sebab barangkali