Malaysia legislation
Section 60
Seksyen 60
(2)
Tiap-tiap orang yang dikehendaki oleh seorang pegawai kastam untuk mengemukakan apa-apa buku, data, dokumen atau rekod atau benda lain yang orang itu berkuasa untuk mengemukakan, dan yang merupakan buku, data, dokumen atau rekod atau benda lain yang dikehendaki di bawah Akta ini atau buku, data, dokumen atau rekod atau benda lain yang digunakan dalam apa-apa transaksi atau perkara lain yang berhubungan dengan cukai pelancongan atau buku, data, dokumen atau rekod atau benda lain yang menjadi kewajipan pegawai kastam untuk menyiasat di bawah Akta ini, hendaklah mengemukakan buku, data, dokumen atau rekod atau benda lain itu.
(3)
Jika apa-apa maklumat, buku, data, dokumen atau rekod atau benda lain bukan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris,
Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai kastam boleh melalui notis secara bertulis menghendaki pengendali atau, atas keingkaran pengendali, mana-mana orang lain, untuk mengemukakan, dalam tempoh yang munasabah, suatu terjemahan baginya dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah atau pegawai kastam itu.
(4)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi
64
Undang-Undang Malaysia tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Penyampaian notis, dsb.