Malaysia legislation

Section 61

of *AKTA CUKAI PELANCONGAN 2017

Seksyen 61

(a)

secara ke diri kepada orang itu;

(b)

dengan menghantarnya kepada orang itu melalui pos berdaftar; atau

(c)

melalui perkhidmatan elektronik.

(2)

Suatu notis, arahan atau dokumen lain yang dihantar kepada seseorang melalui pos berdaftar hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang itu pada masa yang ia akan dihantarserahkan kepada orang itu dalam penjalanan biasa pos jika notis, arahan atau dokumen lain itu dialamatkan—

(a)

dalam hal suatu syarikat, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang yang lain—

(i)

ke pejabat berdaftarnya;

(ii)

ke alamatnya yang terakhir diketahui; atau

(iii)

kepada mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya untuk menerima penyampaian proses; dan

(b)

dalam hal seseorang individu, ke alamatnya yang terakhir diketahui.

(3)

Jika seseorang telah memberi persetujuannya bagi suatu notis disampaikan kepadanya melalui perkhidmatan elektronik, notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan pada masa apabila notis elektronik itu dihantar ke akaunnya melalui perkhidmatan elektronik.

Cukai Pelancongan 65

Penggunaan perkhidmatan elektronik