Malaysia legislation
Section 62
Seksyen 62
(a)
pemfailan atau pengemukaan apa-apa permohonan, penyata, perisytiharan atau apa-apa dokumen lain; dan
(b)
penyampaian apa-apa notis, arahan, perintah, permit, resit atau apa-apa dokumen lain.
(2)
Jika suatu notis elektronik dibuat dan dihantar kepada Ketua
Pengarah, Ketua Pengarah tidaklah bertanggungan terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh pengguna berdaftar itu atas sebab apa-apa kesilapan atau peninggalan apa jua sifat atau bagaimana sekali pun berbangkit yang terdapat dalam apa-apa notis elektronik yang diperoleh oleh pengguna berdaftar itu di bawah perkhidmatan elektronik jika kesilapan atau peninggalan itu dibuat dengan suci hati dan dalam penjalanan biasa pelaksanaan kewajipan sebagai Ketua Pengarah atau berlaku atau timbul akibat daripada apa-apa kecacatan atau kegagalan dalam perkhidmatan atau dalam peralatan yang digunakan bagi penyediaan perkhidmatan itu.
(3)
Apa-apa notis elektronik yang dibuat dan dihantar oleh pengguna berdaftar hendaklah disifatkan sebagai telah difailkan, dikemukakan atau disampaikan pada masa notis elektronik itu diterima oleh Ketua Pengarah.
(4)
Bagi maksud seksyen ini, “pengguna berdaftar” ertinya mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua
Pengarah untuk mendapat akses kepada dan menggunakan perkhidmatan elektronik itu.
Pengesahan notis, dsb.