Malaysia legislation
Section 68
Seksyen 68
(2)
Seseorang penyelesai bagi mana-mana syarikat itu yang gagal memberikan notis kepada Ketua Pengarah dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau gagal mengadakan peruntukan
68
Undang-Undang Malaysia bagi pembayaran cukai pelancongan yang dikehendaki di bawah subseksyen itu hendaklah bertanggungan sendiri bagi apa-apa cukai pelancongan yang adalah atau menjadi kena dibayar seperti yang disebut terdahulu.
(3)
Mana-mana penyelesai yang gagal mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(4)
Jika dua orang atau lebih dilantik sebagai penyelesai atau dikehendaki oleh undang-undang untuk menjalankan penggulungan mana-mana syarikat itu, obligasi dan liabiliti yang dikenakan kepada seseorang penyelesai di bawah seksyen ini hendaklah dikenakan kepada semua orang itu secara bersesama dan berasingan, tertakluk pada suatu hak pencaruman antara mereka bagi hal kontrak.
Pelantikan penerima hendaklah diberitahu kepada Ketua
Pengarah