Malaysia legislation
Section 70
Seksyen 70
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen
(1)
, peraturan-peraturan boleh dibuat bagi maksud yang berikut:
(a)
untuk menetapkan perkara yang berhubungan dengan pendaftaran pengendali;
(b)
untuk menetapkan pejabat bagi pentadbiran cukai pelancongan dan bagi hari dan masa apabila pejabat boleh dibuka untuk urusan;
(c)
(Dipotong oleh Akta 851);
(ca) untuk menetapkan butir-butir dalam invois atau resit yang hendak digunakan di bawah dan bagi maksud yang berkaitan dengan Akta ini;
(d)
membuat peruntukan tentang kesalahan dan penalti yang tidak melebihi denda sebanyak tiga puluh ribu ringgit atau pemenjaraan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya bagi pelanggaran mana-mana peruntukan peraturan-peraturan;
(e)
untuk menetapkan perkara yang berhubungan dengan perkhidmatan elektronik; dan
Cukai Pelancongan 71
(f)
untuk menetapkan perkara yang berhubungan dengan pemberi perkhidmatan platform digital.
72
Akta 791
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
A1633
Akta
Cukai
Pelancongan
(Pindaan) 2021