Malaysia legislation

Section 15

of *AKTA KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017

Seksyen 15

Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 17

(a)

bagi maksud seksual—

(i)

mengatakan apa-apa perkataan atau membuat apa-apa bunyi, atau membuat apa-apa gerak isyarat atau menunjukkan apa-apa objek atau badannya atau mana-mana bahagian badannya dengan niat bahawa perkataan atau bunyi itu hendaklah didengari, atau gerak isyarat atau objek atau badan atau bahagian

18

Undang-Undang Malaysia badannya itu hendaklah dilihat oleh seseorang kanak-kanak;

(ii)

membuatkan seseorang kanak-kanak menunjukkan badan kanak-kanak itu atau mana-mana bahagian badan kanak-kanak itu supaya dapat dilihat oleh orang itu atau mana-mana orang lain; atau

(iii)

mengikuti atau memerhati atau menghubungi seseorang kanak-kanak melalui apa-apa cara secara berulang kali atau kerap;

(b)

(Dipotong oleh Akta A1687);

(c)

melakukan aktiviti yang bersifat seksual di hadapan seseorang kanak-kanak;

(d)

menyebabkan seseorang kanak-kanak memerhati orang itu atau mana-mana orang lain sedang melakukan aktiviti yang bersifat seksual;

(e)

menyebabkan seseorang kanak-kanak memerhati atau mendengar apa-apa gambaran yang keseluruhannya atau sebahagiannya, sama ada dalam bentuk visual, audio atau bertulis atau gabungan bentuk visual, audio atau bertulis, melalui apa-apa cara termasuk tetapi tidak terhad kepada cara elektronik, mekanikal, digital, optik atau magnetik, atau dihasilkan secara manual, atau gabungan apa-apa cara, adalah mengenai orang itu atau mana-mana orang lain yang melakukan aktiviti yang bersifat seksual; atau

(f)

membuatkan seseorang kanak-kanak melakukan aktiviti yang bersifat seksual, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Huraian—Dalam menentukan apakah yang menjadi maksud seksual, mahkamah boleh menimbangkan, antara lain, perkataan yang diperkatakan, sifat

Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 19

dan takat gerak isyarat dan semua hal keadaan lain yang berkenaan dengan perlakuan itu.

Persembahan seksual oleh kanak-kanak