Malaysia legislation
Section 15A
of *AKTA KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017
Seksyen 15A
(a)
menawarkan, memperoleh atau menjadikan tersedia seseorang kanak-kanak untuk suatu persembahan seksual;
(b)
membuatkan atau menyebabkan seseorang kanak-kanak melakukan persembahan seksual;
(c)
turut serta, sama ada sebagai peserta atau penonton, dalam persembahan seksual oleh seseorang kanak-kanak;
(d)
mengiklankan, mempromosikan atau memudahkan persembahan seksual oleh seseorang kanak-kanak; atau
(e)
menerima apa-apa manfaat, termasuk manfaat kewangan, daripada persembahan seksual oleh seseorang kanak-kanak, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan boleh juga didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
(2)
Bagi maksud seksyen ini, “persembahan seksual” ertinya apa-apa perlakuan seksual secara terang-terangan yang dipersembahkan di hadapan seorang penonton atau lebih, termasuk yang dirakam atau dihantar keseluruhannya atau sebahagiannya, melalui apa-apa cara termasuk tetapi tidak terhad kepada cara elektronik, mekanikal, digital, optik atau magnetik, atau gabungan apa-apa cara.
(a)
A meminta Z, seorang kanak-kanak, membuat tarian riba di atas B sambil dirakam oleh A. A kemudian membuat hantaran persembahan tarian yang dirakam itu di akaun media sosialnya. A bersalah atas
20
Undang-Undang Malaysia kesalahan di bawah seksyen ini dengan menyebabkan seseorang kanak-kanak melakukan persembahan seksual. B bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan turut serta sebagai peserta dalam persembahan seksual oleh kanak-kanak.
(b)
A bertemu B dalam aplikasi mencari pasangan dalam talian dan menawarkan B wang untuk mengatur suatu pertunjukan seks dengan anak-anak B. B menyuruh dua orang anaknya menanggalkan pakaian dan melakukan simulasi perlakuan seksual secara terang-terangan sambil distrim secara langsung melalui panggilan video dengan A. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan menyebabkan seseorang kanak-kanak melakukan persembahan seksual dan dengan turut serta dalam persembahan seksual oleh kanak-kanak. B bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan menjadikan tersedia kanak-kanak untuk persembahan seksual dan memudahkan persembahan seksual oleh kanak-kanak.
Pemerasan seksual kanak-kanak