Malaysia legislation
Section 15B
of *AKTA KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017
Seksyen 15B
Mana-mana orang yang—
(a)
mengugut seseorang kanak-kanak untuk melakukan aktiviti yang bersifat seksual;
(b)
mengugut seseorang kanak-kanak untuk berkongsi apa-apa gambaran yang keseluruhannya atau sebahagiannya, sama ada dalam bentuk visual, audio atau bertulis atau gabungan bentuk visual, audio atau bertulis, melalui apa-apa cara termasuk tetapi tidak terhad kepada cara elektronik, mekanikal, digital, optik atau magnetik, atau dihasilkan secara manual, atau gabungan apa-apa cara, adalah mengenai badan atau mana-mana bahagian badan kanak-kanak yang mendedahkan alat kelamin, punggung, payudara, bahagian pubik atau dubur kanak-kanak atau mengenai kanak-kanak yang melakukan aktiviti yang bersifat seksual; atau
(c)
mengugut untuk menggunakan atau mengedar apa-apa gambaran yang keseluruhannya atau sebahagiannya, sama ada dalam bentuk visual, audio atau bertulis atau gabungan bentuk visual, audio atau bertulis, melalui apa-apa cara termasuk tetapi tidak terhad kepada cara elektronik, mekanikal, digital, optik atau magnetik, atau dihasilkan
Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 21
secara manual, atau gabungan apa-apa cara, adalah mengenai badan atau mana-mana bahagian badan kanak-kanak yang mendedahkan alat kelamin, punggung, payudara, bahagian pubik atau dubur kanak-kanak atau mengenai kanak-kanak yang melakukan aktiviti yang bersifat seksual, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun.
Huraian—Perbuatan mengugut di bawah seksyen ini boleh melibatkan penggunaan dorongan, paksaan atau kekerasan.
(a)
Z, seorang kanak-kanak, secara sukarela berkongsi gambar separuh bogelnya dengan A. A kemudian mengugut Z untuk membuat hantaran gambar itu di akaun media sosial A melainkan jika Z menghantar gambar bogel Z kepada A. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.
(b)
A menawarkan Z, seorang kanak-kanak, wang untuk menanggalkan pakaian untuk A semasa panggilan video. A merakam panggilan video itu dan kemudian mengugut Z bahawa A akan menghantar video yang dirakam itu kepada ibu bapa Z melainkan jika Z bersetuju untuk melakukan persetubuhan dengan A. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.