Malaysia legislation

Section 20

of *AKTA KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017

Seksyen 20

Anggapan umur kanak-kanak

Tidak menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, bahawa seseorang tertuduh mempercayai bahawa umur kanak-kanak itu ialah umur atau lebih daripada umur yang dinyatakan dalam

24

Undang-Undang Malaysia peruntukan kesalahan itu masing-masing pada masa kesalahan itu dikatakan telah dilakukan melainkan jika tertuduh itu telah mengambil semua langkah yang munasabah untuk menentukan umur kanak-kanak itu.