Malaysia legislation
Section 23
of *AKTA KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017
Seksyen 23
Jika mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak telah dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain seumpamanya pertubuhan perbadanan itu, atau yang berupa sebagai bertindak atas mana-mana sifat sedemikian, atau mengikut apa-apa cara bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu, atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian, hendaklah juga bersalah atas kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya, keizinannya atau pembiarannya, dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang dia patut jalankan, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan.
Ketidakpakaian seksyen 173A, 293 dan 294 Kanun Tatacara