Malaysia legislation
Section 26B
of *AKTA KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017
Seksyen 26B
(a)
memberikan masa bagi pembayaran jumlah wang itu;
(b)
mengarahkan pembayaran jumlah wang itu secara ansuran;
(c)
mengeluarkan suatu waran bagi melevikan jumlah wang itu melalui distres dan penjualan apa-apa harta kepunyaan orang yang disabitkan itu;
(d)
mengarahkan supaya apabila ingkar membayar jumlah wang itu atau tiada distres yang mencukupi untuk menyelesaikan jumlah wang itu, orang yang disabitkan itu hendaklah menjalani pemenjaraan selama suatu tempoh yang tertentu, yang pemenjaraan itu hendaklah menjadi tambahan kepada apa-apa pemenjaraan lain yang dengannya dia boleh dihukum atau yang dengannya dia boleh dikenakan di bawah suatu peringanan hukuman:
Dengan syarat bahawa jika masa bagi pembayaran jumlah wang itu tidak diberikan, suatu perintah bagi pemenjaraan apabila ingkar membayar tidak boleh dikeluarkan pada mula-mulanya melainkan jika mahkamah itu mendapati bahawa orang yang disabitkan itu tidak mempunyai harta atau tidak mempunyai harta yang mencukupi untuk menyelesaikan jumlah wang yang kena dibayar atau bahawa levi melalui distres itu akan lebih memudaratkannya atau keluarganya daripada pemenjaraan;
Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 29
(e)
mengarahkan supaya orang yang disabitkan itu diperiksa dan supaya apa-apa wang yang didapati padanya apabila diperiksa sedemikian atau yang jika dia dikomitkan ke penjara, boleh didapati padanya apabila dibawa ke penjara hendaklah digunakan bagi pembayaran jumlah wang itu, yang lebihannya, jika ada, dipulangkan kepadanya:
Dengan syarat bahawa wang itu tidak boleh digunakan sedemikian jika mahkamah itu berpuas hati bahawa wang itu bukan kepunyaan orang yang disabitkan itu yang padanya wang itu didapati atau bahawa kehilangan wang itu akan lebih memudaratkan keluarganya daripada pemenjaraannya.
(2)
Tempoh yang baginya mahkamah mengarahkan supaya orang yang disabitkan itu dipenjarakan apabila ingkar membayar jumlah wang itu atau tiada distres yang mencukupi untuk menyelesaikan apa-apa jumlah wang tidak boleh melebihi skala yang berikut:
Apabila wang yang hendaklah dibayar tidak melebihi RM500
… … … …
Satu bulan
Apabila wang yang hendaklah dibayar melebihi RM500 tetapi tidak melebihi
RM1000
… … … …
Dua bulan
Dalam apa-apa hal lain
… … … …
Enam bulan
(3)
Pemenjaraan yang dikenakan oleh mahkamah di bawah seksyen ini hendaklah tamat pada bila-bila masa wang itu dibayar atau dilevikan melalui proses undang-undang.
(4)
Jika sebelum habis masa pemenjaraan itu sekian kadar wang itu dibayar atau dilevikan yang masa pemenjaraan yang telah dijalani adalah tidak kurang daripada perkadaran dengan bahagian wang yang masih belum dibayar, pemenjaraan itu hendaklah tamat.
(5)
Suatu waran untuk melevikan apa-apa jumlah wang sedemikian boleh dilaksanakan di mana-mana tempat di Malaysia tetapi jika ia
30
Undang-Undang Malaysia dikehendaki dilaksanakan di luar Negeri di mana waran itu dikeluarkan, waran itu hendaklah diendorskan bagi maksud itu oleh
Hakim atau Majistret Kelas Pertama yang mempunyai bidang kuasa di dalam Negeri di mana waran itu dikehendaki dilaksanakan.
Pengawasan polis