Malaysia legislation

Section 4

of AKTA AKSES KEPADA SUMBER BIOLOGI DAN PERKONGSIAN FAEDAH 2017

Seksyen 4

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“ambil” termasuklah—

(a)

berhubung dengan suatu haiwan, menuai, menangkap, menawan, memerangkap dan membunuh atau memperoleh melalui apa-apa cara lain;

(b)

berhubung dengan suatu spesimen tumbuhan, mengumpul, menuai, memetik, menghimpun dan memotong atau memperoleh melalui apa-apa cara lain;

(c)

berhubung dengan sumber biologi lain termasuk mikroorganisma, mengumpul, memetik atau memperoleh melalui apa-apa cara lain; atau

(d)

untuk memperoleh sumber biologi dengan apa-apa cara lain;

“badan penasihat” ertinya suatu badan yang terdiri daripada masyarakat pribumi dan masyarakat tempatan yang ditubuhkan oleh Pihak Berkuasa Kompeten di bawah subseksyen 9(2);

“bahan pembiakan” ertinya apa-apa bahan sumber biologi termasuk bahan berasal daripada tumbuhan atau haiwan atau apa-apa bahagian bahan sumber biologi, yang digunakan untuk penggandaan atau penghasilan semula;

“bukan komersial” ertinya bagi maksud akademik atau bukan berorientasikan keuntungan;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 795

“haiwan” termasuklah—

(a)

apa-apa mamalia (selain manusia), burung, reptilia, amfibia, artropod, atau vertebrata atau inverterbrata lain, sama ada hidup atau mati, dan telur, yang mudanya atau bentuk tidak matangnya yang terbit daripadanya;

(b)

apa-apa bahagian atau terbitan sesuatu haiwan yang mudah dikenali;

(c)

hidupan liar sebagaimana yang ditakrifkan dalam

Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]; dan

(d)

ikan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perikanan 1985 [Akta 317];

“Jawatankuasa Penasihat” ertinya suatu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Pihak Berkuasa Kompeten Kebangsaan di bawah seksyen 11;

“Konvensyen” ertinya Konvensyen Kepelbagaian Biologi;

“masyarakat pribumi” ertinya suatu kumpulan orang yang terdiri daripada—

(a)

dalam hal Semenanjung Malaysia, orang asli sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Orang Asli 1954 [Akta 134];

atau

(b)

dalam hal Sabah dan Sarawak, anak negeri sebagaimana yang ditakrifkan dalam Fasal (6) Perkara 161a

Perlembagaan Persekutuan, dan yang bertutur dalam bahasa orang asli atau anak negeri dan lazimnya mengikut dan mengamalkan cara hidup tradisi, adat dan kepercayaan orang asli atau anak negeri;

“masyarakat tempatan” ertinya suatu kumpulan individu yang telah menetap bersama dan mewarisi secara berterusan proses dan budaya pengeluaran atau suatu kumpulan orang yang menetap bersama dalam suatu kampung atau kawasan dan di bawah suatu sistem ekobudaya;

“mekanisme pusat penjelasan” ertinya portal maklumat berasaskan web yang ditubuhkan oleh Pihak Berkuasa Kompeten Kebangsaan di bawah seksyen 32;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber asli dan alam sekitar;

Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 11

“mikroorganisma” ertinya apa-apa organisma yang bersaiz mikroskopik dan bahagian organisma yang bersaiz mikroskopik, termasuk organisma, virus dan viroid yang steril;

“pemberi sumber” termasuklah—

(a)

Kerajaan Persekutuan, atau Pihak Berkuasa Negeri, yang memiliki sumber biologi dalam keadaan in-situ;

(b)

Kerajaan Persekutuan, atau Pihak Berkuasa Negeri, berkenaan dengan sumber biologi ex-situ, tempat sumber itu berasal;

(c)

jabatan, agensi kerajaan atau institusi pengajian tinggi awam yang memegang sumber biologi dalam keadaan ex-situ, sama ada di dalam koleksi atau selainnya, yang asalan sumber biologi itu tidak boleh ditentukan dengan usaha wajar;

(d)

Kerajaan Persekutuan atau, Pihak Berkuasa Negeri, dari tempat sumber itu diakses dalam keadaan yang—

(i)

sumber biologi itu dipegang dalam keadaan ex-situ oleh suatu badan swasta; atau

(ii)

sumber biologi itu diambil daripada tanah persendirian; dan

(iii)

asalan sumber biologi itu tidak dapat ditentukan dengan usaha wajar.

(e)

masyarakat pribumi dan masyarakat tempatan, jika sumber itu berada di atas tanah yang mereka mempunyai hak yang diperuntukkan oleh undang-undang;

(f)

masyarakat pribumi dan masyarakat tempatan, jika mereka ialah pemegang pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi termasuk anggota masyarakat yang merupakan dukun tradisi; atau

(g)

orang perseorangan, jika sumber biologi itu diambil daripada badan orang perseorangan itu;

“pemegang permit” ertinya seseorang yang memegang permit yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Kompeten di bawah seksyen 13 atau 16;

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 795

“pengantara yang diberi kuasa” ertinya mana-mana orang yang dinamakan oleh pemohon bagi suatu permit di bawah seksyen 12

atau 15 untuk mengambil sumber biologi atau pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi bagi pihaknya;

“penyelidikan dan pembangunan” termasuklah kajian atau siasatan sistematik atau aplikasi teknologi melalui penganalisisan, pensampelan, bioassai dan penyediaan inventori atau cara lain bagi apa-apa tujuan termasuk penyelidikan taksonomi, dan pembangunan produk komersial berpotensi;

“permit” ertinya permit yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa

Kompeten di bawah seksyen 13 atau 16, mengikut mana-mana yang berkenaan;

“Pihak Berkuasa Kompeten” ertinya Pihak Berkuasa Kompeten sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

“Pihak Berkuasa Negeri” ertinya pihak berkuasa negeri di negeri yang berkenaan di Malaysia dan dalam hal Wilayah Persekutuan,

Menteri bagi Kerajaan Persekutuan yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan;

“premis” termasuklah apa-apa pondok, bangsal, struktur, platform, rumah, bangunan, pengangkut dan tanah sama ada dipagari atau dibina di atasnya atau tidak;

“sumber biologi” termasuklah—

(a)

sumber genetik, organisma, mikroorganisma, terbitan dan bahagian sumber genetik, organisma, mikroorganisma atau terbitan itu;

(b)

populasi dan apa-apa komponen biotik lain bagi suatu ekosistem yang mempunyai kegunaan atau nilai sebenar atau berpotensi kepada manusia; dan

(c)

apa-apa maklumat yang berhubungan dengan perenggan (a) dan (b);

“sumber genetik” ertinya apa-apa bahan berasal daripada tumbuhan, haiwan, mikroorganisma, kulat atau asalan lain yang mengandungi unit keturunan kefungsian dan mempunyai nilai sebenar atau berpotensi bagi manusia;

Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 13

“taksa yang terancam” ertinya spesies yang terancam secara kritikal, terancam atau rentan sebagaimana yang disenaraikan dalam Lampiran I, II dan III Jadual Ketiga Akta Perdagangan

Antarabangsa mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686]

masing-masing.

“terbitan” termasuklah suatu sebatian biokimia yang terhasil secara semula jadi yang diterbitkan, dibangunkan atau disintesiskan, daripada suatu sumber biologi atau terhasil daripada pelahiran genetik atau metabolisme sumber biologi atau genetik itu, atau bahagian, tisu atau ekstrak, sama ada ia mengandungi unit keturunan kefungsian atau sebaliknya, dan maklumat berhubung dengan terbitan;

“tumbuhan” termasuklah—

(a)

apa-apa spesies tumbuhan atau apa-apa bahagian daripadanya sama ada hidup atau mati dan termasuklah batang, dahan, ubi, bebawang, umbisi, pokok penanti, kayu mata-tunas, keratin, tut, keratan tunas, pelekap, akar, daun, bunga, buah, biji atau apa-apa jua bahagian atau keluaran lain dari sesuatu tumbuhan itu sama ada terputus atau tercantum; dan

(b)

apa-apa bahagian atau terbitan tumbuhan yang mudah dikenali;

Akses kepada sumber biologi