Malaysia legislation

Section 8

of AKTA AKSES KEPADA SUMBER BIOLOGI DAN PERKONGSIAN FAEDAH 2017

Seksyen 8

Pihak Berkuasa Kompeten Kebangsaan hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a)

untuk menyelaraskan pelaksanaan dan penguatkuasaan peruntukan Akta ini oleh Pihak Berkuasa Kompeten;

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 795

(b)

untuk menentukan fi yang kena bayar melalui rundingan dengan Pihak Berkuasa Kompeten;

(c)

untuk berkomunikasi dengan negara lain dan sekretariat yang ditubuhkan di bawah mana-mana triti, perjanjian, konvensyen atau protokol yang berhubungan dengan akses dan perkongsian faedah berhubung dengan sumber biologi, sebagaimana yang sesuai, mengenai perkara di bawah Akta ini;

(d)

untuk melaksanakan dan memenuhi kehendak di bawah mana-mana triti, perjanjian, konvensyen atau protokol yang berhubungan dengan akses dan perkongsian faedah berhubung dengan sumber biologi yang kepadanya Malaysia menjadi suatu pihak jika triti, perjanjian, konvensyen atau protokol itu berhubung dengan maksud Akta ini;

(e)

untuk mewujudkan kesedaran dan menyediakan latihan, pendidikan dan maklumat yang berhubungan dengan akses dan perkongsian faedah berhubung dengan sumber biologi;

(f)

untuk menyimpan dan menyenggara suatu daftar permit yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Kompeten dan maklumat yang berhubungan dengan permit itu;

(g)

untuk mewujudkan langkah di bawah subseksyen 30(1)

bagi maksud memantau dan mengesan sumber biologi atau pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi yang diakses;

(h)

untuk menyokong undang-undang adat dan amalan masyarakat pribumi dan masyarakat tempatan, dan pembangunan protokol dan tatacara komuniti oleh masyarakat pribumi dan masyarakat tempatan, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(i)

untuk menubuh dan menyenggara suatu mekanisme pusat penjelasan di bawah seksyen 32;

(j)

untuk berperanan sebagai Pihak Berkuasa Kompeten bagi semua koleksi ex-situ jika asalan sumber biologi tidak boleh ditentukan dengan usaha wajar dan tidak termasuk dalam bidang kuasa Pihak Berkuasa Kompeten lain; dan

Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 17

(k)

untuk melakukan apa-apa perkara yang disifatkannya sesuai untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.

Pihak Berkuasa Kompeten

Section 8 — ACCESS TO BIOLOGICAL RESOURCES AND BENEFIT SHARING ACT 2017