Malaysia legislation

Section 30

of AKTA KEWANGAN 2021

Seksyen 30

Pindaan seksyen 21b

“Akta ibu” dalam Bab ini, dipinda dalam seksyen 21b, dengan menggantikan subseksyen (1a) dengan subseksyen yang berikut:

“(1a)  Bagi maksud subseksyen (1), jika pelupus dalam suatu pelupusan yang disebut dalam subseksyen itu ialah—

(a)

pelupus di bawah Bahagian II Jadual 5, pemeroleh hendaklah, berhubung dengan pelupusan dalam tempoh tiga tahun selepas tarikh pemerolehan aset yang boleh dikenakan cukai, memegang simpan kesemua wang itu atau suatu jumlah wang tidak

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 833

melebihi lima peratus daripada jumlah nilai balasan itu, mengikut mana-mana yang lebih rendah, dan sama ada amaun itu dipegang simpan atau tidak, pemeroleh itu hendaklah dalam tempoh enam puluh hari selepas tarikh pelupusan itu membayar amaun itu kepada Ketua Pengarah; atau

(b)

pelupus di bawah Bahagian III Jadual 5, pemeroleh hendaklah memegang simpan kesemua wang itu atau suatu jumlah wang tidak melebihi tujuh peratus daripada jumlah nilai balasan itu, mengikut mana-mana yang lebih rendah, dan sama ada amaun itu dipegang simpan atau tidak, pemeroleh itu hendaklah dalam tempoh enam puluh hari selepas tarikh pelupusan itu membayar amaun itu kepada Ketua Pengarah.”.

Pindaan seksyen 32

Section 30 — FINANCE ACT 2021 | mylaw.my