Malaysia legislation

Section 33

of AKTA KEWANGAN 2021

Seksyen 33

Pindaan Jadual 2

(a)

dalam perenggan 3, dengan menggantikan subsubperenggan 3(1)(b) dengan subsubperenggan yang berikut:

“(b) (i) pemindahmilikan aset antara suami isteri; atau

(ii)

pemindahmilikan aset yang dipunyai oleh seorang individu, oleh isteri individu itu atau oleh seorang individu bersesama dengan isterinya atau dengan seorang yang berkaitan, oleh seorang nomini bagi individu itu, seorang nomini bagi isteri individu itu atau seorang nomini bagi kedua-duanya, atau oleh pemegang amanah bagi individu itu, pemegang amanah bagi isteri individu itu atau pemegang amanah bagi kedua-duanya, kepada suatu syarikat yang bermastautin di Malaysia atau tidak, yang dikawal oleh individu itu, oleh isteri individu itu, oleh individu itu bersesama dengan isterinya atau dengan seorang yang berkaitan, oleh nomini bagi individu itu, nomini bagi isteri individu itu atau nomini bagi kedua-duanya, atau oleh pemegang amanah bagi individu itu, pemegang amanah bagi isteri individu itu atau pemegang amanah bagi kedua-duanya, bagi suatu balasan yang terdiri daripada syer dalam syarikat itu atau bagi suatu balasan terdiri sebahagian besarnya daripada syer dalam syarikat itu dan bakinya bayaran wang;”; dan

(b)

dalam subperenggan 33(d), dengan memasukkan selepas perkataan “perenggan” perkataan “34 atau”.

Pindaan Jadual 4

Section 33 — FINANCE ACT 2021 | mylaw.my