Malaysia legislation

Section 34

of AKTA KEWANGAN 2021

Seksyen 34

Jadual 4 kepada Akta ibu dipinda dalam perenggan 2 dengan menggantikan formula kepada perenggan itu dengan formula yang berikut:

“(a) yang berhubungan dengan pelupusan harta tanah—

A x C

B iaitu

A ialah bahagian keluasan aset yang boleh dikenakan cukai yang dilupuskan;

B ialah jumlah keluasan aset yang boleh dikenakan cukai;

C ialah sepuluh ribu;

Undang-Undang Malaysia 30

Akta 833

atau sepuluh peratus keuntungan yang boleh dikenakan cukai, mengikut mana-mana yang lebih tinggi;

(b)

yang berhubungan dengan pelupusan syer—

A x C

B iaitu

A ialah bilangan syer yang disifatkan sebagai aset yang boleh dikenakan cukai di bawah perenggan 34

atau 34a Jadual 2 yang dilupuskan;

B ialah jumlah bilangan syer terbitan yang disifatkan sebagai aset yang boleh dikenakan cukai berhubung dengan syer yang disifatkan sebagai aset yang boleh dikenakan cukai di bawah perenggan 34

atau 34a Jadual 2;

C ialah sepuluh ribu;

atau sepuluh peratus keuntungan yang boleh dikenakan cukai, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.”.

Pindaan Jadual 5