Malaysia legislation
Section 53
Seksyen 53
Akta 833
Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990, yang disebut “Akta ibu” dalam Bab ini, dipinda dalam seksyen 2b dengan memasukkan selepas subseksyen (1b) subseksyen yang berikut:
“(1 c) Keuntungan bersih yang disebut dalam perenggan (1b)(a) tidak termasuk apa-apa pendapatan yang diperoleh daripada royalti dan pendapatan lain yang diperoleh daripada hak harta intelek jika ia boleh diterima sebagai balasan bagi pengeksploitan secara komersial hak itu.
(1d)
Apa-apa pendapatan yang diperoleh daripada hak harta intelek yang disebut dalam subseksyen (1c) adalah tertakluk kepada cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
(1e)
Dalam seksyen ini, “hak harta intelek” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 4(5).”.
Pindaan seksyen 8