Malaysia legislation
Section 57
Seksyen 57
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 16
seksyen yang berikut:
“Tanggungan pengarah 16a. (1) Walau apa pun yang berlawanan dengan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain, jika mana-mana cukai yang genap masanya dan kena dibayar di bawah Akta ini oleh suatu syarikat, mana-mana orang yang merupakan pengarah pemastautin syarikat itu semasa tempoh yang cukai itu bertanggungan untuk dibayar oleh syarikat itu, hendaklah bertanggungan secara bersesama dan berasingan bagi cukai yang genap masanya dan kena dibayar itu dan boleh didapatkan di bawah seksyen 14 daripada orang itu.
(2)
Dalam seksyen ini, “pengarah” ertinya mana-mana orang yang—
(a)
memegang jawatan pengarah, dengan apa-apa nama yang disebut, termasuklah mana-mana orang yang berkaitan dalam pengurusan perniagaan syarikat itu;
dan
(b)
merupakan, sama ada dengan sendirinya atau dengan seorang atau lebih sekutu, tuan punya bagi, atau mampu secara langsung atau melalui perantaraan syarikat lain atau dengan cara tidak langsung lain untuk mengawal, tidak kurang daripada dua puluh peratus modal syer biasa bagi syarikat itu.
Undang-Undang Malaysia 38
Akta 833
(3)
Bagi maksud perenggan (2)(b), “sekutu” ertinya, berhubung dengan seseorang—
(a)
dalam mana-mana hubungan yang berikut dengan orang itu, iaitu suami atau isteri, ibu bapa atau leluhur jauh, anak atau zuriat jauh, adik-beradik lelaki, adik-beradik perempuan dan pasangan;
(b)
pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah bagi suatu penyelesaian yang berhubungan dengan orang itu adalah, atau mana-mana saudara seumpamanya, hidup atau mati, seperti yang disebut dalam perenggan (a) takrif ini telah atau merupakan, seorang penyelesai;
(c)
jika orang itu berkepentingan dalam mana-mana syer atau obligasi bagi suatu syarikat yang tertakluk kepada mana-mana amanah atau bahagian harta pusaka si mati, mana-mana orang berkepentingan yang lain di dalamnya.”.
Pindaan seksyen 23