Malaysia legislation

Section 62

of AKTA KEWANGAN 2021

Seksyen 62

Seksyen baharu 4g, 4h, 4i, 4j, 4k dan 4l

“Bab 1- Taraf Penyelidikan dan Kemajuan, dan Taraf Perintis”

seksyen yang berikut:

“Permohonan bagi kelulusan taraf penyelidikan dan kemajuan 4g.  (1)  Bagi maksud Akta ini, suatu syarikat penyelidikan dan kemajuan, atau suatu syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak ialah suatu syarikat yang diluluskan sebagai suatu syarikat bertaraf penyelidikan dan kemajuan.

(2)

Mana-mana syarikat boleh membuat permohonan secara bertulis kepada Menteri untuk diluluskan sebagai suatu syarikat bertaraf penyelidikan dan kemajuan, dan Menteri boleh mengenakan apa-apa prasyarat bagi permohonan itu.

Undang-Undang Malaysia 40

Akta 833

(3)

Mana-mana syarikat yang memohon untuk diluluskan sebagai suatu syarikat bertaraf penyelidikan dan kemajuan hendaklah menyatakan bahawa syarikat itu menjalankan aktiviti yang berhubungan dengan penyelidikan dan kemajuan di bawah Akta ini dan mematuhi apa-apa prasyarat yang dikenakan bagi permohonan itu.

(4)

Apabila permohonan di bawah subseksyen (2) diterima,

Menteri boleh meminta apa-apa maklumat atau dokumen tambahan yang berhubungan dengan permohonan itu, sekiranya perlu.

Pemberian taraf penyelidikan dan kemajuan 4h.  (1)  Jika Menteri berpuas hati bahawa prasyarat di bawah subseksyen 4g(2) telah dipatuhi, Menteri boleh memberikan kelulusan bagi taraf penyelidikan dan kemajuan kepada syarikat itu bagi suatu tempoh lima tahun berturut-turut bermula dari tarikh pemberian kelulusan itu atau apa-apa tarikh lain yang ditentukan oleh Menteri.

(2)

Menteri boleh, dengan persetujuan secara bertulis

Menteri Kewangan, mengenakan apa-apa syarat yang difikirkan patut apabila memberikan kelulusan di bawah subseksyen (1).

(3)

Menteri boleh, dengan persetujuan secara bertulis

Menteri Kewangan, mengubah syarat dalam kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (2).

(4)

Menteri boleh, jika perlu, meminda kelulusan yang diberikan selain tempoh yang disebut dalam subseksyen (1).

Ketidakpatuhan kelulusan 4i.  Jika suatu syarikat telah diberikan dengan suatu kelulusan di bawah subseksyen 4h(1) gagal untuk mematuhi syarat di bawah subseksyen 4h(1) dan (2), Menteri hendaklah melalui notis secara bertulis menghendaki syarikat itu dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyerahan notis itu untuk memulihkan kegagalan itu atau untuk membuktikan sehingga memuaskan hati Menteri bahawa kegagalan itu disebabkan oleh sebab yang di luar kawalan syarikat itu.

Kewangan 41

Penarikan balik kelulusan 4j.  (1)  Menteri boleh menarik balik kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen 4h(1) kepada suatu syarikat melalui notis secara bertulis jika—

(a)

syarikat itu telah gagal untuk mematuhi notis yang diserahkan kepadanya di bawah seksyen 4i; atau

(b)

Menteri berpuas hati bahawa syarikat itu telah melanggar apa-apa peruntukan Akta ini atau apa-apa syarat yang dikenakan di bawah seksyen 4h dan dalam segala hal keadaan adalah bermanfaat berbuat demikian.

(2)

Penarikan balik kelulusan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa—

(a)

pada tarikh kelulusan itu diberikan; atau

(b)

pada mana-mana tarikh lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Penyerahan balik taraf penyelidikan dan kemajuan 4k.  (1)  Mana-mana syarikat yang diberikan taraf penyelidikan dan kemajuan di bawah subseksyen 4h(1) boleh, pada bila-bila masa, menyerahkan balik taraf itu dengan memberikan suatu notis secara bertulis bersama-sama dengan apa-apa alasan penyerahan balik itu kepada Menteri.

(2)

Jika Menteri berpuas hati dengan alasan penyerahan balik taraf itu di bawah subseksyen (1), Menteri boleh meluluskan notis penyerahan balik itu dan penyerahan balik itu hendaklah berkuat kuasa—

(a)

pada tarikh notis penyerahan balik diterima oleh

Menteri; atau

(b)

pada mana-mana tarikh lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Undang-Undang Malaysia 42

Akta 833

Pelanjutan tempoh taraf penyelidikan dan kemajuan 4l.  (1)  Menteri boleh, dengan persetujuan secara bertulis

Menteri Kewangan, melanjutkan tempoh taraf penyelidikan dan kemajuan yang disebut dalam subseksyen 4h(1) jika Menteri berpuas hati bahawa syarikat itu telah, pada akhir tempoh tempoh taraf penyelidikan dan kemajuan di bawah subseksyen itu, mematuhi syarat yang dikenakan ke atas kelulusan yang disebut dalam subseksyen 4h(2) atau (3), mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2)

Pelanjutan tempoh taraf penyelidikan dan kemajuan yang diberikan di bawah seksyen ini hendaklah bermula dari tarikh yang berikutan dengan berakhirnya tempoh taraf penyelidikan dan kemajuan di bawah seksyen 4h dan berterusan selama tempoh lima tahun.

(3)

Syarikat bertaraf penyelidikan dan kemajuan hendaklah membuat permohonan secara bertulis kepada Menteri bagi pelanjutan tempoh taraf penyelidikan dan kemajuannya dalam masa tiga puluh hari atau suatu tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri selepas berakhirnya tempoh taraf penyelidikan dan kemajuan itu di bawah subseksyen 4h(1).

(4)

Apabila suatu permohonan di bawah subseksyen (3)

diterima, Menteri boleh meminta butiran lanjut atau apa-apa bukti tentang maklumat yang diberikan dalam permohonan itu yang difikirkannya perlu dan—

(a)

jika Menteri berpuas hati bahawa syarikat itu telah mematuhi syarat yang disebut dalam subseksyen (1),

Menteri boleh, dengan persetujuan secara bertulis

Menteri Kewangan, memberikan pelanjutan tempoh taraf penyelidikan dan kemajuan itu; atau

(b)

jika Menteri tidak berpuas hati, Menteri hendaklah menyebabkan suatu notis tentang keengganannya untuk memberikan pelanjutan itu dihantar kepada syarikat itu.

(5)

Pelanjutan tempoh taraf penyelidikan dan kemajuan hendaklah diberikan tertakluk kepada syarat yang dikenakan dalam kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen 4h(2).”.

Kewangan 43

Kecualian dan peralihan