Malaysia legislation

Section 10

of *AKTA KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH 2022

Seksyen 10

Orang yang berikut tidak layak untuk dilantik sebagai atau menjadi anggota Jawatankuasa, atau mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 9:

(a)

seorang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud, penipuan, pecah amanah jenayah, penggelapan harta jenayah atau apa-apa kesalahan yang melibatkan kecurangan atau keburukan akhlak dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu bulan atau denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit;

(b)

seorang bankrap; dan

(c)

seorang yang tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menjalankan fungsinya.

Pemberhentian keanggotaan Jawatankuasa Keselamatan Sosial

Suri Rumah atau jawatankuasa