Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Penzahiran kepentingan
Jika mana-mana anggota Jawatankuasa, atau jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 9, mempunyai apa-apa kepentingan langsung atau tidak langsung dalam apa-apa perkara yang sedang dipertimbangkan oleh Jawatankuasa atau jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 9, mengikut mana-mana yang berkenaan, dia hendaklah dengan serta-merta mengisytiharkan kepada Pengerusi Jawatankuasa atau jawatankuasa yang sewajarnya jenis dan takat kepentingannya dalam perkara itu dan anggota itu tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam apa-apa perbincangan atau keputusan Jawatankuasa atau jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 9, mengikut mana-mana yang berkenaan, tentang perkara itu.