Malaysia legislation

Section 24

of *AKTA KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH 2022

Seksyen 24

(2)

Seorang suri rumah berinsurans tidak mempunyai hak untuk menuntut apa-apa rawatan perubatan kecuali sebagaimana yang diberikan oleh suatu hospital, dispensari, klinik atau institusi lain yang diuntukkannya oleh Pertubuhan, atau sebagaimana yang ditetapkan.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini memberi hak kepada suri rumah berinsurans untuk menuntut bayaran ganti daripada

Pertubuhan bagi apa-apa belanja yang dilakukan berkenaan dengan apa-apa rawatan perubatan, kecuali sebagaimana yang ditetapkan.

(4)

Bagi maksud bayaran dan bayaran ganti faedah perubatan,

Pertubuhan boleh meminta daripada hospital, dispensari, klinik atau institusi lain untuk memberikan rekod perubatan dan penyata statistik mana-mana suri rumah berinsurans.

Faedah hilang upaya kekal

Section 24 — HOUSEWIVES' SOCIAL SECURITY ACT 2022 | mylaw.my