Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Undang-Undang Malaysia
“anak” ertinya anak bagi suri rumah berinsurans yang mati—
(a)
yang berumur di bawah dua puluh satu tahun dan termasuklah—
(i)
anak tiri tanggungan dan anak tidak sah taraf; dan
(ii)
anak angkat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman, dengan bukti yang memuaskan mengenai pengangkatan itu;
dan
(b)
yang tidak kira apa-apa jua umurnya dan yang terencat mental atau tidak upaya secara fizikal, dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri;
“bencana domestik” ertinya kecederaan diri pada suri rumah berinsurans yang disebabkan oleh suatu kejadian berakibat daripada dan semasa menguruskan rumah tangganya termasuklah ahli keluarganya dan bukan bagi apa-apa perusahaan, perdagangan, perniagaan atau profesion yang dijalankan olehnya;
“caruman” ertinya jumlah wang yang kena dibayar kepada
Pertubuhan, oleh atau bagi pihak seorang suri rumah mengikut Akta ini;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
Keselamatan Sosial Suri Rumah 11
“hilang upaya kekal” ertinya apa-apa hilang upaya jenis kekal yang disebabkan oleh suatu bencana domestik, yang mengurangkan keupayaan suri rumah berinsurans untuk mengurus rumah tangga yang dia berupaya melaksanakan sebelum atau pada masa bencana domestik itu;
“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Keselamatan Sosial Suri
Rumah yang ditubuhkan di bawah seksyen 8;
“Jemaah Doktor Rayuan” ertinya Jemaah Doktor Rayuan yang ditubuhkan di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan
Sosial Pekerja (Am) 1971 [P.U. (A) 99/1971] yang dibuat di bawah
Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4];
“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Pertubuhan yang dilantik di bawah subseksyen 59(1) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Keselamatan Sosial
Suri Rumah yang ditubuhkan di bawah seksyen 52;
“Lembaga” ertinya Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial yang ditubuhkan di bawah seksyen 59B Akta Keselamatan Sosial
Pekerja 1969;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia;
“orang tanggungan” ertinya—
(a)
anak;
(b)
suami suri rumah berinsurans yang mati yang hendaklah merupakan warganegara Malaysia; atau
(c)
ibu bapa suri rumah berinsurans yang mati yang hendaklah merupakan warganegara Malaysia;
12
Undang-Undang Malaysia
“pegawai dan pekhidmat Pertubuhan” ertinya pegawai dan pekhidmat Pertubuhan yang dilantik di bawah seksyen 59L
Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969;
“Pemeriksa” ertinya seorang Pemeriksa yang dilantik di bawah seksyen 12 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan termasuklah Ketua Pengarah dan tiap-tiap Timbalan Ketua
Pengarah;
“penilai perubatan” ertinya penilai perubatan yang dilantik di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“Pertubuhan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969;
“Skim” ertinya Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;
“suri rumah” ertinya mana-mana perempuan, sama ada telah berkahwin atau belum berkahwin, yang menguruskan rumah tangga, atas dasar sepenuh masa atau tidak, dan termasuklah—
(a)
seorang isteri, janda atau balu yang perkahwinannya didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis; atau
(b)
seorang ibu kepada seorang anak atau lebih termasuklah ibu tunggal;
“suri rumah berinsurans” ertinya mana-mana suri rumah yang telah berdaftar di bawah seksyen 14 yang berkenaan dengannya caruman telah dibayar mengikut Akta ini;
“tempoh caruman” ertinya suatu tempoh dua belas bulan berturut-turut atau apa-apa tempoh lain berkuat kuasa mulai dari waktu dan tarikh caruman itu dibayar terlebih dahulu oleh atau bagi pihak seorang suri rumah dan tamat pada waktu dan tarikh, sebagaimana yang ditetapkan;
Keselamatan Sosial Suri Rumah 13
“tempoh pelindungan” berhubung dengan keilatan dan bagi maksud seksyen 36 ertinya—
(a)
tempoh dua puluh bulan bagi dua belas bulan caruman dibayar terlebih dahulu berkenaan dengan suri rumah berinsurans;
(b)
tempoh empat puluh bulan bagi dua puluh empat bulan caruman dibayar terlebih dahulu berkenaan dengan suri rumah berinsurans; atau
(c)
tempoh yang caruman telah dibayar berkenaan dengan suri rumah bagi tidak kurang daripada dua per tiga daripada bilangan bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh apabila caruman mula-mula dibayar olehnya di bawah Akta ini dengan bulan sebaik sebelum bulan dia mengemukakan notis keilatan, dengan syarat bahawa jumlah bilangan caruman bulanan yang dibayar dalam tempoh yang tersebut di atas hendaklah sekurang-kurangnya dua puluh empat;
“Timbalan Ketua Pengarah” ertinya Timbalan Ketua Pengarah
Pertubuhan yang dilantik di bawah subseksyen 59(2) Akta
Keselamatan Sosial Pekerja 1969 termasuklah mereka yang dilantik mengikut subseksyen 5(3);
“Tribunal” ertinya Tribunal Keselamatan Sosial Suri Rumah yang ditubuhkan di bawah seksyen 65.