Malaysia legislation
Section 76
Seksyen 76
(a)
untuk memberikan apa-apa maklumat kepada Ketua
Pengarah atau Pemeriksa dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam notis itu; atau
(b)
untuk hadir sendiri di hadapan Ketua Pengarah atau
Pemeriksa dan untuk mengemukakan bagi pemeriksaan apa-apa buku, akaun, rekod dan dokumen lain termasuk rekod elektronik yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah atau
Pemeriksa.
(2)
Jika ternyata kepada mana-mana Majistret atas maklumat bertulis bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa di mana-mana tempat atau bangunan terdapat apa-apa buku, akaun, rekod atau dokumen lain termasuk rekod elektronik yang pengemukaannya telah dikehendaki di bawah subseksyen (1) tetapi tidak dikemukakan, Majistret itu boleh mengeluarkan waran yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah, Pemeriksa atau mana-mana pegawai Pertubuhan yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah, dengan atau tanpa bantuan, memasuki tempat atau bangunan, dengan kekerasan jika perlu, dan memeriksa tempat atau bangunan itu,
Keselamatan Sosial Suri Rumah 61
menyita, mengambil milikan dan menahan apa-apa buku, akaun, rekod atau dokumen lain termasuk rekod elektronik.
(3)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Menghalang, dsb., Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah atau Pemeriksa