Malaysia legislation
Section 78
Seksyen 78
Mana-mana orang yang—
62
(a)
memberikan atau menyebabkan mana-mana orang memberikan apa-apa maklumat atau dokumen kepada
Pertubuhan yang dia ketahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai adalah palsu atau mengelirukan; atau
(b)
membuat secara bertulis atau menandatangani apa-apa akuan, borang, laporan, sijil atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang tidak benar atau tidak betul dalam apa-apa butir-butir material, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Fraud atau pemalsuan berkaitan dengan bayaran caruman atau tuntutan bagi faedah