Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH 2022

Seksyen 8

(2)

Fungsi Jawatankuasa adalah untuk menasihati Lembaga tentang semua perkara yang berhubungan dengan Skim termasuklah caruman, faedah dan perkara yang berhubungan dengan pelaburan

Kumpulan Wang.

(3)

Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

16

Undang-Undang Malaysia

(a)

Pengerusi Jawatankuasa yang hendaklah bukan mana-mana ahli Majlis Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri yang hendaklah dilantik oleh Menteri;

(b)

Ketua Pengarah;

(c)

seorang anggota yang mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi sumber manusia;

(d)

seorang anggota yang mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi kewangan;

(e)

seorang anggota yang mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat;

(f)

tidak lebih daripada dua orang anggota yang mewakili kepentingan suri rumah yang hendaklah dilantik oleh

Menteri;

(g)

tidak lebih daripada dua orang anggota lain yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang munasabah dalam perkara yang berhubungan dengan kesejahteraan dan pemulihan suri rumah, yang hendaklah dilantik oleh Menteri.

(4)

Menteri boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota

Jawatankuasa yang dilantik di bawah perenggan (3)(a), (f) dan (g).

(5)

Mana-mana anggota yang dilantik oleh Menteri di bawah perenggan (3)(a), (f) atau (g) boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan sebagai anggota Jawatankuasa dengan memberi notis bertulis kepada Menteri.

(6)

Anggota Jawatankuasa hendaklah dibayar apa-apa elaun dan belanja lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

(7)

Anggota

Jawatankuasa yang dilantik di bawah perenggan (3)(a), (f) atau (g) hendaklah memegang jawatan atas apa-apa syarat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang

Keselamatan Sosial Suri Rumah 17

dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh

Menteri.

(8)

Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga kali pada setiap tahun.

(9)

Kuorum bagi mesyuarat Jawatankuasa ialah lima orang termasuk pengerusi mesyuarat.

(10)

Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Jawatankuasa bagi maksud menasihati Jawatankuasa mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.

(11)

Mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (10)

boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh

Lembaga.

(12)

Tertakluk pada Akta ini, Jawatankuasa boleh menentukan tatacaranya sendiri.

(13)

Pertubuhan hendaklah melantik seorang setiausaha dan penolong setiausaha kepada Jawatankuasa yang hendaklah daripada kalangan pegawai dan pekhidmat Pertubuhan.

Penubuhan jawatankuasa