Malaysia legislation

Section 2

of AKTA ANTIGANGGUAN SEKSUAL 2022

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“award” ertinya suatu award yang dibuat oleh Tribunal berkenaan dengan apa-apa aduan atau perkara yang dirujuk kepadanya atau apa-apa keputusan atau perintah yang dibuat olehnya di bawah

Akta ini;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 26;

“gangguan seksual” ertinya apa-apa kelakuan tidak diingini yang bersifat seksual, dalam apa-apa bentuk, sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, isyarat atau fizikal, yang ditujukan kepada seseorang yang secara munasabahnya menyinggung atau menghina atau merupakan suatu ancaman kepada kesejahteraannya;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat;

“pengadu” ertinya seseorang yang memulakan suatu prosiding di hadapan Tribunal supaya suatu perkara diuruskan oleh Tribunal;

“Pentadbir” ertinya Pentadbir Antigangguan Seksual di bawah seksyen 24;

“perintah interlokutori” ertinya suatu perintah yang—

(a)

dibuat menurut suatu aduan gangguan seksual kepada

Tribunal dalam penjalanan apa-apa prosiding Tribunal;

dan

(b)

bersampingan dengan tujuan utama prosiding itu, dan termasuklah apa-apa arahan tentang penjalanan prosiding itu, tetapi tidak termasuk apa-apa perintah separa atau interim yang membuat suatu penentuan muktamad berkenaan dengan prosiding itu;

“pihak” ertinya seseorang pengadu atau responden;

Antigangguan Seksual 7

“responden” ertinya seseorang yang terhadapnya suatu prosiding dimulakan oleh pengadu;

“Tribunal” ertinya Tribunal bagi Antigangguan Seksual yang ditubuhkan di bawah seksyen 3.